Ketinggian (meter)
4,095
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Gunung Kinabalu terhasil daripada pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar.
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) daripada ketinggian sekarang.[4] Bagaimanapun, hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Penyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dilaksanakan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah pada ketinggian 4,095 meter (13,435 ft) di atas paras laut, iaitu ketinggiannya kurang 6 meter (20 ft) daripada apa yang ternyata dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,101 meter (13,455 ft).[5]
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
Puncak Low (Low's Peak; 4095.2 m)
Puncak St. John (St. John's Peak; 4090.7 m)
Puncak Oyayubi Iwu/Puncak Victoria (Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)
Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
Puncak Telinga Keldai/puncak Ratu Alexandra (Donkey Ears Peak/Queen Alexandra peak)
Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)
4,095
13,435
Ranau
Add a review