Ketinggian (meter)
1,430m
Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane.
Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula dari Gohtong Jaya, sebuah bandar satelit Genting Highlands, pada ketinggian 900 meter dari dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.
Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya yang terletak sekitar 40km dari Kuala Lumpur. Ada dua trek yang boleh digunakan untuk menuju ke gunung ini, trek pertama daripada simpang belakang Hotel Seri Malaysia dan trek kedua pula adalah daripada bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua trek ini adalah di dalam tanah persendirian dan secara rasminya pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui trek-trek ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan akibat menceroboh.
Sebuah bangkai helikopter Nuri tentera pernah ditemui terhempas di kaki Gunung Bunga Buah
1,430m
4,690ft
Genting Highlands
Selangor
Add a review