Ketinggian (meter)
432m
Gunung Banang merupakan sebuah gunung yang terletak di daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan bandar Batu Pahat.
Gunung Banang amat terkenal dan telah di buat menjadi lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Sharifah Aini dan muncul dalam filem yang dihasilkan oleh Malay Film Production Limited. Selain itu, Gunung Banang juga dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Banang namun tidak popular dalam kalangan masyarakat. Kisah Puteri Gunung Banang mungkin agak asing walaupun pernah dipaparkan menerusi filem terbitan pada 1959, selain diabadikan dalam beberapa lagu dan qasidah yang mengiringi tarian zapin. Tidak seperti Puteri Gunung Ledang di Muar yang kisahnya diketahui ramai serta banyak diterbitkan dalam bentuk buku, drama, teater atau filem, kewujudan Puteri Gunung Banang kurang disedari kecuali bagi penduduk tempatan. Dalam filem klasik terbitan Malay Film Production Limited pula, Gunung Banang digambarkan kawasan pergunungan indah didiami seorang puteri bunian jelita yang membantu seorang pemuda hodoh dan miskin menjadi kacak serta kaya kerana hatinya yang baik, jujur dan rajin. Ramai juga tidak mengetahui, Gunung Banang yang terletak di pinggir bandar Batu Pahat dengan puncak setinggi 432.38 meter dari paras laut itu popular sebagai kawasan rekreasi orang ramai untuk berjoging dan mendaki, selain mempunyai pemandangan indah menghadap Selat Melaka.
432m
1,417ft
Batu Pahat
Johor
Puteri Gunung Banang
Add a review