Ketinggian (meter)
1,207m
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran di negeri Kedah. Uniknya mengenai Gunung Jerai adalah kerana keadaannya yang tinggi dikelilingi oleh tanah rata pertanian sawah padi sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang. Tidak seperti gunung-gunung lain di Malaysia, yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran semenanjung Malaysia. Malah Gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat dari oleh kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sejauh seratus kilometer. Jarak penglihatan pula bergantung kepada keadaan cuaca.
1,207m
3,959ft
Yan
Kedah
Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan di situ mengelarnya "Batu Kapal". Menurut legenda, kapal tersebut ialah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Add a review