Ketinggian (meter)
1,039m
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebumempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).
Gunung Tebu adalah kemuncak ke 8 tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.[2]
Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu,di antaranya adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda, dan Batu Madrasah. Jika cuaca yang cerah dan awan yang kurang, pendaki-pendaki akan dapat melihat dua pulau yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu.
1,039m
3,408ft
Besut
Add a review