Ketinggian (meter)
1,193m
Gunung Telapak Buruk atau juga dikenali sebagai gunung Telapa Buruk atau Tepalak Buruk, terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut.
Di atas gunung ini terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom. Pemancar TV dan radio di Gunung Telapa Burok meliputi kawasan Seremban, Jelebu, Rembau Utara, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson di Negeri Sembilan, sebahagian kawasan Pahang Barat seperti Teriang, sebahagian Selangor Selatan.
Gunung Telapak Buruk menjadi tumpuan pendaki gunung untuk mendaki di Negeri Sembilan kerana ia merupakan gunung tertinggi di negeri itu.
1,193m
3,913ft
Ulu Klawang
Negeri Sembilan
Add a review